Wednesday, 15 February 2012

Renungan Artikel Akhbar

1) Isu utama yang ditimbulkan di dalam petikan akhbar ini ialah kes pencurian basikal yang semakin meningkat dan kecurian basikal sering berlaku di kawasan perumahan awam,laluan pejalan kaki dan stesen MRT.
2) Penunggang-penunggang basikal termasuk semua orang perlu berikan perhatian terhadap artikel ini.
3)Kes ini menjadi bertambah teruk pada tahun lalu,2011.
4)Basikal-basikal curian ini dijual di Sungei Road atau bazar di City Plaza.
5)Kes kecurian basikal boleh dikurangkan dengan menyimpan basikal di rumah apabila tidak digunakan,mengunci basikal di tempat khas, seperti rak-rak basikal dan mengunci peralatan basikal yang boleh ditanggal.
6)Pada pendapat saya, kes kecurian ini seamkin bertambah kerana penunggang basikal tidak mengunci basikal mereka dengan betul  dan tidak mengunci basikal mereka di tempat khas.

Wednesday, 25 January 2012

Renungan Artikel

Renungan Artikel...

    Artikel ini menunjukkan seorang lelaki berusia 66 tahun hilang semasa ribut salji di Gunung Rainier, Washington.Encik Yong Chun Kim mengatakan beliau hidup dengan mengorek terowong salji. Pada pendapat saya, Encik Kim adalah seorang yang tidak putus asa walaupun dia sesat jalan. Dia juga membakar wang supaya kekal hangat. Dia juga bertugas sebagai askar Korea semasa perang Vietnam.

    Dalam Artikel ini, saya telah pelajari bahawa nyawa lebih penting daripada wang. Pada pandangan saya tentang tukilan ' Duit bukan segala-galanya' ialah bahawa duit tidak boleh ganti nyawa kita walaupun kita ada banyak duit. Jika kita ada banyak duit, kita tidak harus bersikap sombong dan tamak dan orang tamak selalu rugi!
   

   

Wednesday, 18 January 2012

Biodata saya!

Nama: muhd Solihan
kelas: 1G
sekolah: sekolah rendah rivervale/ sekolah menengah compassvale
CCA: National Cadet Corp
Hobi: bermain bola dan memancing