Monday 5 March 2012

Cerita peribahasa!

                                             
                                 Tugasan 2- Ditatang bagai minyak yang penuh


    
   Puan Salina dan Encik Malik selalu sibuk bekerja. Mereka jarang sekali menggunakan wang yang mereka dapat kerana mereka mahu menyimpan duit itu untuk anak –anak mereka.



    Puan Salina melahirkan dua orang anak. Dua orang anak itu bernama Salim dan Halim. Pada suatu hari, Salim mahu ibunya membelikannya sebuah komputer riba .Halim pula, mahu ibunya membelikannya telefon bimbit yang termahal.
 
 
     Ibu bapa mereka tidak menghiraukan dan tidak membelikan barang – barang tersebut. Salim dan Halim mula menangis tanpa henti. Mereka berdua demam dengan secara tiba –tiba. Puan Salina dan Encik Malik mula berasa risau terhadap keadaan anak- anak mereka itu.
 
 
    Mereka terus membelikan barang- barang itu. Selepas kejadian itu, Mereka terus membelikan barang –barang yang diminta oleh Salim dan Halim. Mereka tidak mahu Salim dan Halim demam panas lagi.Bak kata pepatah, Salim dan Halim ditatang bagai minyak yang penuh.

No comments:

Post a Comment